Dapatkan Sokongan init.d Ke Dalam Mana-mana Peranti Yang Telah Di Root

Posted by Unknown Minggu, 19 Mei 2013 0 komentar



Init.d memainkan peranan penting dalam dunia pengubahsuaian dan pembangunan bagi meningkatkan prestasi Android. Ianya membolehkan pengguna untuk memasang Script danMods bagi dijalankan sebaik peranti dihidupkan. Init.d juga merangkumi Tweak bateri sehinggalah ke Tweak prestasi. Segala kemungkinan bagi pengguna melakukan pengubahsuaian terhadap prestasi peranti mereka hanya bermula apabila terdapatnya sokongan init.d dimana kebiasaanya hanya terdapat di dalam kernel yang telah di ubahsuai.


Mods ini memerlukan peranti yang telah di Root. Anda di nasihatkan untuk memahami apa yang anda ingin lakukan terhadap peranti kesayangan anda. Sebarang kerosakan yang berlaku akibat daripada penyalahgunaan tutorial ini adalah tanggungan sendiri.


Memerlukan ]

  
   1. Peranti stock yang telah di-Root
   2. Windows PC/Laptop yang telah di-install driver adb


Cara2 untuk mengaktifkan init.d ]

  1. Download Pakej Ini  
  2. Extract pakej tersebut
  3. Aktifkan "Usb debugging" & "Unknown sources" pada peranti anda
  4. Sambungkan pada PC/Laptop
  5. Tekan "runme.bat"
  6. Ikut arahan pada skrin
  

Untuk mengetahui sama ada ia berjaya atau tidak pergi ke "/data/local/tmp/init.d_log_test.txt". Jika kurang pasti ianya berjaya atau tidak Delete file tersebut & cuba lihat file tadi di lokasi yg sama SELEPAS reboot. Jika file init.d_log_test.txt memang tiada selepas prosess di atas, bermakna ianya tidak berjaya.

Disini kami sertakan beberapa init.d tweak yang anda boleh gunakan tanpa sebarang masalah. Download, extract & letakkan didalam folder "/etc/init.d/". [ DOWNLOAD   ]


"Selamat mencuba & semoga berjaya"


AMARAN: LAKUKKAN ATAS RISIKO SENDIRI. JANGAN CUBA TAMBAH TWEAK SEBARANGAN KE DALAM FOLDER INIT.D TANPA MENGETAHUI APA-APA TENTANGNYA. TETAPI JIKA ANDA BERKERAS, PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI/MEMBUAT BACKUP TERLEBIH DAHULU. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU APA-APA PADA PERANTI ANDA.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Dapatkan Sokongan init.d Ke Dalam Mana-mana Peranti Yang Telah Di Root
Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke https://androidbbm7.blogspot.com/2013/05/dapatkan-sokongan-initd-ke-dalam-mana.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Trik SEO Terbaru support Online Shop Baju Wanita - Original design by Bamz | Copyright of android bbm.