Apakah itu ClockWorkMod Recovery
Kamis, 16 Mei 2013
0
komentar
Tidak kisahlah samada anda pengguna baru atau sudah bertahun menggunakan perantiAndroid, pasti anda pernah terdengar tentang ClockWorkMod Recovery bukan? Jika anda tertanya-tanya apakah itu ClockWorkMod Recovery atau CWM Recovery, artikel ini adalah jawapan kepada soalan anda.
Boleh dikatakan semua peranti Android didatangkan dengan Stock Recovery yang boleh diakses melalui menekan kombinasi beberapa butang semasa menghidupkan peranti. Stock Recovery membenarkan kita untuk membuat beberapa tugas asas sahaja seperti mengemaskini Firmware Rasmi dan Mencuci Data Pengguna[Wipe data/Factory Reset].
Dengan fungsi Stock Recovery yang terhad dan tidak menepati kehendak pembangun danAdvanced user, seorang pembangun yang berasal dari India yang bernama Koushik Dutta telah membangunkan Custom Recovery yang kemudiannya diberi nama ClockWorkMod Recovery. Walaupun senarai sebenar peranti yang mendapat sokongan rasmi daripadaClockworkMod adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah peranti Android yang semakin meningkat jumlah modelnya sekarang, pembangun lain daripada Xda-Developers contohnya boleh mengalihkan[Porting] ClockWorkMod Recovery ke model peranti yang lain dengan menggunakan Recovery Builder dari ClockWorkMod.
ClockWorkMod Recovery didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan yang berguna bagi mengubahsuai atau menambahbaik peranti. Di bawah adalah contoh ScreenShot ClockWorkMod Recovery.
Penjelasan Tentang Fungsi ClockWorkMod Recovery.
Reboot System Now
-Berfungsi untuk boot semula ke ROM asal anda. Dalam kata lain, Restart ke Homescreen.
Apply Update From Sdcard
-Biasanya digunakan untuk memasang fail yang telah di pack kedalam folder update.zip.
Wipe Data/Factory Reset
-Berfungsi untuk memadam segala data peribadi pengguna dan mengembalikan peranti kepada keadaan asal seperti baru dibeli. Tetapi segala data di dalam /System dan /Data tidak terjejas.
Wipe Cache Partitions
-Berfungsi untuk memadam segala Cache yang disimpan oleh aplikasi dan permainan bagi digunakan untuk mempercepatkan proses memuat[loading]. Anda boleh memadam Cachetersebut bagi memberi sedikit ruang kepada memori dalaman.
Install Zip From Sdcard-Terdapat Beberapa Submenu
*apply /sdcard/update.zip
-Mempunyai fungsi yang sama dengan Apply Update From Sdcard.
*choose zip from sdcard
-Pilihan ini akan membawa anda ke Sdcard bagi memilih fail yang ingin anda pasang
*toggle signature verification
-Ini adalah signature verification. Kami cadangkan bahagian ini dibiarkan Disable.
*toggle script esserts
-Ianya adalah toggle script essert untuk on dan off. Jika anda kurang arif tentang script esserts, lebih baik biarkannya sahaja.
Backup And Restore-Terdapat Beberapa Submenu
*Backup
-Berfungsi untuk menyandar/menyalin atau dalam kata lain membuat Nandroid Backup. Melakukan Nandroid Backup adalah keperluan paling utama perlu anda lakukan setelahClockWorkMod Recovery dipasang kedalam peranti anda. Ianya penting untuk anda gunakan apabila anda gagal dalam memasang Custom Roms dan mendapat Bootloops. Backup juga berperanan untuk meyimpan segala data yang anda miliki dari sistem hinggalah ke data peribadi. Setiap data yang di Backup akan disimpan di dalam folder /sdcard/clockworkmod/backup. Kami menyarankan anda untuk menyalin fail Backup dan menyimpannya di dalam cakera keras komputer anda untuk digunakan di masa kecemasan kelak.
*Restore
-Pilihan ini akan membawa anda untuk memilih mana satu folder yang anda ingin kembalikan/restore. Restore akan mengembalikan peranti anda kepada keadaan sama seperti semasa anda membuat backup. Ianya amat membantu ketika anda hanya tersangkut di boot animations/bootloop atau terkena softbrick.
*Advanced Restore
-Pilihan ini akan membawa anda ke bahagian mana anda ingin kembalikan. Anda boleh memilih sesetengah bahagian sahaja. Misalnya anda baru memasang Custom Roms yang baru dan anda kehilangan semua aplikasi yang anda pasang sebelum ini. Pilih Restore /data dan segala aplikasi anda akan kembali ke rom baru anda.
Mount And Storage
-Menu ini memberikan anda pilihan untuk Mount mana-mana bahagian di dalam peranti anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk memadam/format mana-mana bahagian di dalam peranti anda satu per satu.
-Pilihan bawah sekali ialah Mount Usb Storage dimana ianya berfungsi untuk memindahkan fail dari peranti ke pc atau sebaliknya melalui CWM Recovery.
Advanced [Ini juga adalah bahagian yang selalu digunakan]
*Reboot Recovery
-Digunakan untuk restart semula ke CWM Recovery.
*Wipe Dalvik Cache
-Digunakan untuk memadam Dalvik Cache dari dalam peranti anda. Selepas Dalvik Cache dipadam, peranti anda akan mengambil masa sedikit untuk sampai ke menu utama. Jangan risau kerana ianya perkara normal dan peranti anda sekarang telah segar semula.
*Wipe Battery Stats
-Digunakan untuk memadam batterystats.bin dari peranti anda sekaligus akan kaliberasi peranti anda. Kami amat menyarankan untuk anda memadam bateri stats sejurus anda memasang Rom baru sekaligus akan kaliberasikan bateri peranti anda.
*Report Error
-Digunakan untuk menghantar laporan tentang kesilapan/kegagalan fungsi kepada Kuosik Dutta dan pasukannya.
*Key Test
-Digunakan untuk memeriksa samada butang fizikal masih berfungsi atau tidak.
*Partitions Sdcard
-Digunakan untuk membahagikan kad sd anda kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk kegunaan biasa seperti untuk menyimpan kandungan media dan satu lagi untuk digunakan sebagai meningkatkan memori dalaman peranti anda dengan menggunakan app2sd.
Amaran: menggunakan fungsi ini akan memadam segala data di dalam kad memori anda.
*Fix Permissions
-Digunakan untuk membetulkan Permissions yang kadang kala tidak betul dan menyelesaikan masalah Force-Close dalam aplikasi sistem.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Apakah itu ClockWorkMod Recovery
Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke https://androidbbm7.blogspot.com/2013/05/apakah-itu-clockworkmod-recovery.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
0 komentar:
Posting Komentar